Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan. Keupayaan membina Negara Bangsa adalah bergantung kepada perkongsian nilai dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakatnya. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang bukan sahaja membenarkan pengaliran secara bebas teknologi maklumat; malahan juga sistem nilai, budaya dan amalan kepercayaan dari pelbagai negara luar.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Usaha untuk menyatu-padukan kaum melalui proses pembinaan negara bangsa ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan berpanjangan. Proses ini bertujuan untuk menyedarkan warganegara tentang pentingnya harga diri sebagai satu bangsa yang sama-sama merdeka dan berdaulat serta mampu membangunkan sebuah negara yang maju dari pelbagai aspek. Oleh itu. pembinaan negara bangsa ini merupakan suatu usaha yang dilakukan secara bersama oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini, supaya dapat meletakkan bangsa dan juga negara Malaysia setaraf dengan bangsa dan negara maju yang lain yang terdapat di dunia. Oleh itu, pendidikan dilihat memainkan peranan yang penting sebagai asas dan wadah yang terbaik untuk mencapai impian sebagai sebuah negara bangsa yang unggul mengikut acuan sendiri sepertimana yang telah menjadi matlamat kerajaan selama ini.
Pendidikan yang terdapat di Malaysia, memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Kesinambungannya, kerajaan telah menjadikan matlamat untuk membina negara bangsa ini sebagai teras pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Pelan Induk ini telah dilancarkan pada 16 Januari 2007, bagi menyahut dan menjayakan agenda pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, yang ingin membentuk sebuah negara dan masyarakat yang maju dari segi ekonomi, seimbang dalam pembangunan sosialnya, sekali gus melahirkan warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju serta berpandangan jauh.
sunat anak autis Klinik Terbaik
5 years ago
artikel ni sgt membantu sy! tQ
ReplyDeleteterima ksih... sgt mmbantu
ReplyDelete