Saturday, February 20, 2010

Sejarah Tingkatan 4 Bab 10. Bahagian 3: Kesan-Kesan Dasar Ekonomi

Bab 10 Tkt 4 Bhg3

Sejarah Tingkatan 4 Bab 10. Bahagian 2: Dasar British Terhadap Pertanian

Bab 10 Tkt4bhg2

Sejarah Tingkatan 4 Bab 10. Bahagian 1: Dasar British Dan Kesannya Keatas Ekonomi Negara

Bab 10 Tkt4 Bhg1

Sejarah Tingkatan 4 Bab 10. Bahagian 1. Dasar British Dan Kesannya Keatas Ekonomi Negara

Sejarah Tingkatan 4 Bab 9. Perkembangan Di Eropah

Bab 9 an Di Eropah

Sejarah Tingkatan 4 Bab 8. Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat

Bab 8 tkt 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 7. Islam Di Asia Tenggara

Sej Bab 7 Ting 4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 6 . Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya

BAB 6 ting.4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 5. Kerajaan Islam Di Madinah

Bab5T4

Friday, February 19, 2010

Sejarah Tingkatan 4 Bab 4. Islam Dan Perkembangannya Di Mekah

Arab Jahiliah

Sejarah Tingkatan 4 Bab 3. Tamadun Awal Asia Tenggara

BAB 3T4

Sejarah Tingkatan 4 Bab 2. Peningkatan Tamadun

Bab 2 : Peningkatan Tamadun 2.1 Latar

Sejarah Tingkatan 4 bab 1: Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Sejarah 4 Tingkatan Bab 1

Rancangan mengajar sejarah tingkatan 4

RANCANGAN MENGAJAR SEJARAH

PERATURAN-PERATURAN DISIPLIN

PERATURAN- PERATURAN SEDIA ADA..
Aspek-aspek disiplin di sekolah merangkumi
1-Budi pekerti & tingkah lau 7-Keselamatan: makmal sains, kebakaran, dll
2-Kebersihan diri dan sekitaran 8-Kegiatan luar bilik darjah
3-Menepati masa 9-Rombongan dan lawatan
4-Potongan rambut 10-Jaga harta benda sekolah / orang lain
5-Pakaian seragam 11-Majalah sekolah
6-Kedatangan ke sekolah / kelas
12-Persatuan-persatuan sekolah


Denda Rotan Gantung Buang

Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 9/1975 Disiplin Sekolah, peraturan-peraturan sekolah untuk murid-murid
• Ordinan-ordinan / Surat-surat pekeliling → Untuk baiki disiplin sekolah.
• Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat → Senarai tatatertib yang dianggap berat sebagai panduan kpd guru-guru besar yang membawa kepada penggantungan dan hukuman buang.
• Peraturan-peraturan sekolah yang bertulis untuk murid-murid→Guru Besar adalah berkuasa menggubal sebarang peraturan mengikut keadaan dan keperluan di sekolahnya
• Peraturan-perauran khas untuk asrama, perpustakaan, makmal, dewan dan lain-lain.

Pakaian Seragam

 Mestilah lengkap merangkumi lencana, kasut, stokin, tali pinggang dan pakaian.
Tali Pinggang→ Mestilah dari jenis biasa dengan kepala yg tidak berhias. Berwarna hitam dan kepalanya tidak besar.
Seluar → Warna sebagaimana yg ditetapkan. Ukuran di pergelangan kaki mestilah diantara 16-18 inci iaiu 8-9 inci ukuran lintang.
Kasut → Putih dan Hitam.
Pakaian perempuan→ Surat pekeliling ikhtisas Bil 3. 1976 > pelajar perempuan tidak boleh berpakaian ketat.

Potongan Rambut

 Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 2/1976 > Pelajar tidak boleh berambut panjang. Istilah rambut panjang adalah :

Belakang → Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga.
Depan →Rambut menutup garisan tengah dahi
Di sebelah → Rambut menutup garisan tengah dahi
Di atas → tidak lebih 6 cm panjang
 Rambut pelajar Perempuan: Hendaklah tidak jatuh ke bahu. Tetapi jika ada murid-murid peremuan yg berambut panjang dan enggan memotong pendek, mereka hendaklah mengikat rambut masing-masing supaya tidak jatuh ke bahu.

Ponteng

 Surat Pekeliling”Profesional” Kementerian Pelajaran > Murid dan ibu-bapa hendaklah diberi surat amaran. Jika kelakuan murid masih tidak juga berubah dalam tempoh yg sepatutnya, surat amaran yg kedua dan muktamad hendaklah dihantar kpd penjaga menyatakan jika kelakuan murid itu tidak bertambah baik, murid itu akan dibuang tanpa sebarang amaran.
 Selepas amaran kedua kelakuan murid masih tidak berubah, Guru Besar boleh gantung murid dalam seminggu→dua minggu. Selepas tempoh penggantungan masih lagi tidak berubah, murid tersebut boleh dibuang terus.
 Penjaga hendaklah diberitahu berkenaan dengan pembuangan murid tersebut.

Merokok
 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975> Guru besar atau pengetua hendaklah sll mengingatan pelajar tentang kesalahan dan bahaya merokok.
 Murid-murid yang merokok hendaklah dirujuk kepada unit kaunseling dan direkodkan.
 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 4/1997 > murid-murid yang didapati bersalah menghisap rokok hendaklah dikenakan hukuman :

• Kesalahan 1→ Rotan 1 x
• Kesalahan 2→Rotan 2 x
• Kesalahan 3→Rotan 3 x
• Kesalahan 4→Gantung sekolah tidak lebih 14 hari.
• Kesalahan 5→Buang Sekolah

Mengganggu Ketenteraman
 Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 1998 > merangkumi perbuatan menggugut, mengancam, memeras wang, vandalism dan lain-lain.
 Profil pelajar yang terlibat hendaklah dikumpul dan hendaklah diketahui sejauh mana penglibatannya. Ibu bapa pelajar yg terlibat hendaklah dimaklumkan.
 Pelajar yg terlibat hendaklah dirujuk kepada kaunselor untuk proses kaunseling.
 Jika diketahui puncanya adalah disebabkan oleh keretakan rumah tangga kedua ibu bapanya, maka kesnya perlu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tidak boleh terlibat dalam parti politik
 Seksyen 116 Ordinan Pelajaran 1957 & Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1999 > pelajar tidak boleh terlibat dalam sebarang aitiviti parti politik.→Gantung utk suatu tempoh masa yg difikiran sesuai atau boleh dibuang sekolah.

MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN MURID SEKOLAH BERLAKU
Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu. Begitu juga dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid sekolah. Punca utama masalah disiplin murid sekolah timbul ialah diri murid itu sendiri. Personaliti setiap murid adalah berbeza. Masalah disiplin sering ditimbulkan oleh murid yang mempunyai sikap agresif dan bersifat ekstravert. Murid yang sangat aktif dan gemar berinteraksi dengan murid lain cenderung untuk melanggar peraturan yang ditetapkan terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Contohnya, membuat bising serta menganggu pelajar lain dan secara tidak langsung turut menjejaskan proses pembelajaran di dalam kelas.

Hal yang demikian turut berlaku dalam kalangan pelajar yang bersifat agresif iaitu mereka sering dan mudah bertindak ganas seperti cepat marah. Mereka ini juga kadang-kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya daripada guru-guru ,rakan-rakan, dan ibu bapa. Pada asasnya individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah, sekolah, dan persekitaran yang kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang menyimpang terhadap diri dan juga orang lain. Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan keupayaan bagi melaksanakan sesuatu dan juga kerana faktor sosial yang ada di sekitar mereka yang boleh melumpuhkan kehendak.

Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap murid malah turut berpunca daripada kaedah pengajaran dan bahan yang tidak sesuai. Bahan pengajaran yang terlalu bersifat lama dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar. Hal yang demikian kerana bahan tersebut tidak dapat menarik perhatian pelajar dan terlaku sukar untuk diikuti serta difahami oleh pelajar. Contohnya dapat dilihat apabila guru hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca, menulis, dan berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang bosan akan mendorong pelajar untuk memberontak. Contohnya, murid sekolah cenderung untuk ponteng sekolah, ponteng kelas, menganggu pelajar lain, membuat bising, dan sebagainya.

Disamping itu, masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah berpunca daripada keadaan fizikal bilik darjah atau kelas yang selesa dan teratur. Keadaan fizikal bilik darjah yang terlalu panas dan terlalu sesak boleh mendorong timbulnya masalah disiplin. Selain itu, pengcahayaan yang tidak cukup seperti bilik yang gelap, dan cahaya yang tidak mengcukupi turut menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Berdasarkan situasi dan kedaan ini, pelajar mudah mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang guru berikan. Sekiranya mereka tidak selesa dengan kerusi dan meja yang kurang sesuai, maka kesempatan untuk menimbulkan masalah disiplin akan diwujudkan.

Di samping itu juga, suasana sosioemosi yang kurang sihat juga turut mendorong dan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Guru yang bersifat autokratik dan dominan akan menyebabkan murid sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tidak selesa dan tertekan. Contohnya seperti perasaan bimbang, takut, dan gemuruh yang melampau. Keadaan ini akan mewujudkan suasana atau situasi emosi pelajar yang tidak menentu dan tertekan. Ekoran daripada itu, emosi yang tertekan akan menjejaskan keupayan pelajar untuk menerima input pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

Selain suasana sosioemosi yang kurang sihat seperti yang ditunjukkan oleh guru-guru, sikap pelajar itu sendiri yang mengamalkan sosiemosi yang kurang sihat turut menyebabkan masalah disiplin. Sekiranya dilihat daripada aspek pelajar, didapati berlakunya corak persahabatan dalam kalangan murid yang tidak sihat. Sehubungan dengan itu, maka wujudlah situasi atau kelompok tertutup, perasingan, murid tersingkir, dan juga pasangan murid adalah pilihan masing-masing. Tingkah laku seperti ini akan menjejaskan perhubungan yang baik dalam kalangan pelajar itu sendiri. Golongan yang bersifat sebegini perlu diber bantuan yang sewajarnya agar masalah disiplin dapat dikurangkan. Sebagai seorang guru, mereka perlu melibatkan pelajar-pelajar dalam aktiviti berkumpulan. Suasana yang sihat , tenteram, dan harmonis akan menyediakan suasana yang menggalakkan proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, faktor atau permasalahan kesihatan pelajar juga merupakan punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah. Keadaan kesihatan murid yang sihat dan baik dapat mengurangkan masalah disiplin murid kerana membantu pelajar untuk memberikan tumpuan yang lebih semasa proses pembelajaran dijalankan. Hal yang demikian amat berbeza pula jika dibandingkan dengan keadaan murid yang tidak sihat kerana mereka mudah berasa tertekan. Selain itu, mereka juga mudah berasa rimas atau tidak selesa, letih, emosi tidak stabil, gelisah, dan sebagainya yang akan menganggu tumpuan pelajar. Keadaan ini turut member kesan kepada guru untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada murid dengan lebih berkesan. Berdasarkan faktor ini, masalah disiplin berlaku apabila murid mudah berasa marah dan bertindak dengan melanggar peraturan sekolah seperti bergaduh dan tidur di dalam kelas.
Kualiti guru merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Persediaan guru amat penting bagi menjamin ketenteraman serta disiplin murid-murid. Guru yang berinisiatif serta kreatif, menggunakan bahan dan alat bantu mengajar yang menarik dapat mengambil hati pelajar untuk menumpukan perhatian dan mengurangkan masalah disiplin pelajar. Guru yang bersikap kurang tegas serta tidak tetap pendirian turut sukar untuk mendapat penghormatan murid-murid dan guru seperti ini amat sukar untuk mengawal murid-murid di bawah jagaannya.

Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah juga berpunca daripada persekitaran sekolah itu sendiri. Antara perkara yang menggalakkan masalah disiplin berlaku adalah organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengaliran murid mengikut pencapaian. Selain itu, pihak berkuasa yang terlalu menekankan peperiksaan juga menyumbang berlakunya disiplin murid sekolah sekiranya dilihat pada aspek persekitaran sekolah. Antara yang lain ialah, bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru yang terlalu menekan pelajar menyebabkan masalah disiplin. Guru-guru yang melabelkan sesetengah pelajarnya seperti pelajar yang bodoh dan malas akan menyebabkan motivasi pelajar menurun dan jatuh. Murid-murid yang rendah motivasinya lebih cenderung untuk melakukan masalah disiplin. Persekitaran sekolah seperti bilangan pelajar yang terlampau ramai secara tidak langsung juga mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Bilangan murid yang ramai menyukarkan pengawalan pelajar. Murid-murid yang kecewa pula akan mencuba mendapatkan perhatian guru dengan cara menimbulkan kenakalan, merosakkan harta benda sekolah serta menganggu rakan-rakan lain.

Punca yang seterusnya ialah keluarga. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak walaupun mereka mendapat pendidikan disekolah. Ibu bapa zaman sekarang kebanyakkan mementingkan pekerjaan atau wang. Kadangkal ada anak-anak lebih rapat dengan pembantu rumah daripada ibu bapa mereka sendiri. Tindakan mereka ini menyebabkan perhatian terhadap anak-anak terabai. Masalah keluarga sering kali dibawa ke sekolah oleh anak-anak atau pelajar. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak menyebabkan pelajar berani melakukan kesalahan tanpa ditegur dan dimarahi oleh ahli keluarga. Kebanyakkan pelajar bermasalah sering mengalami masalah keluarga. Pelajar ini akan melepaskan tekanan di sekolah seperti merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, ponteng kelas dan sekolah serta melanggar peraturan yang lain.

Rakan sebaya tidak kurang hebatnya dalam mempengaruhi masalah disiplin murid dalam sekolah. Rakan sebya merupakan orang yang paling rapat selain ibu bapa. Pelajar atau remaja lebih gemar menceritakan masalah dan perasaan mereka kepada rakan. Ekoran itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada pelajar. Rakan-rakan yang baik akan memdorong rakannya yang lain mengikut tingkah laku dan norma-norma yang sering dilakukan. Hal yang demikian turut berlaku kepada pengaruh pelajar yang negative yang akan mendorong rakannya untuk turut bersikap sedemikian. Justeru itu, rakan sebaya amat berpengaruh dalam membentuk personaliti pelajar. Sekiranya nilai rakan sebayanya rajin, tekun, menhormati orang lain dan sebagainya, maka secara tidak langsung akan mempengaruhi rakannya.

Akhir sekali ialah berpunca daripada kemiskinan. Pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin lebih terdorong untuk melakukan masalah disiplin. Hal yang demikian kerana mereka tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu, lalu menggunakan perkara yang salah, selain itu, pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin sering dipinggirkan dan dihina. Ekoran itu akan menimbulkan perasan tidak puas hati yang boleh menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Contohnya, sering berlaku masalah kecurian yang dilakukan oleh pelajar yang kurang berupaya dari segi ekonomi.

PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN DISIPLIN SEKOLAH
Segala tindakan disiplin dan tatacara dijalankan oleh guru besar atau pengetua sekolah. Guru juga boleh memainkan peranan dalam melaksanakan disiplin sekolah. Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar tetapi juga mendidik dan mengurus bilik darjah. Guru membentuk sikap, nilai, dan akhlak pelajar- pelajar melalui pembentukan disiplin yang baik. Dari aspek ini, peranan guru adalah penting kerana guru mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajar- pelajarnya.

Matlamat utama ialah membentuk disiplin kendiri yang baik iaitu disiplin yang datang dari kerelaan dan kesukaan hati pelajar sendiri dan bukan kerana paksaan atau perasaan takut. Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah menunjukkan contoh disiplin yang baik atau “role model” kepada pelajar seperti bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa, bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif semasa berhadapan dengan pelajar- pelajar mereka sama ada di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah mahupun di luar sekolah.

Guru atau pengurus bilik darjah yang berkesan biasanya menggunakan rutin. Rutin menjimatkan masa dan tenaga dan salah satu cara yang sistematik untuk menjalankan aktiviti- aktiviti bilik darjah seperti menanda kedatangan, mengedarkan bahan- bahan pengajaran dan sebagainya. Rutin yang dilaksanakan oleh guru dapat mengelakkan kekeliruan, pertengkaran dan masalah disiplin yang lain di kalangan pelajar dapat dielakkan.

Dari segi sosioemosi pula, jika didapati pelajar tidak diterima oleh kelompok pelajar- pelajar yang lain, maka penyiasatan hendaklah dijalankan dan usaha perlu diambil untuk mewujudkan suasana yang riang dan mesra supaya pengajaran-pembelajaran(P & P) berjalan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mewujudkan perhubungan yang mesra dengan pelajar- pelajarnya. Perhubungan sedemikian menggalakkan komunikasi di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar meluahkan masalah sama ada dari aspek akedemik atau peribadi. Guru yang bijaksana akan cuba mendengar masalah- masalah tersebut serta berempati dengan pelajar berkenaan dan berusaha untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapinya. Amalan ini dapat memupuk nilai- nilai murni di kalangan pelajar seperti tolong menolong, ambil berat, toleransi dan sebagainya selain dapat mengurangkan bilangan masalah disiplin di sekolah.
Guru hendaklah membantu pelajar- pelajar membentuk disiplin arahan diri. Pelajar sepatutunya bertanggugjawab atas tingkahlakunya dan bersikap berdikari. Jawatan- jawatan seperti ketua kelas, pengawas, perpustawan dan sebagainya dapat membantu pelajar membina sifat tersebut dengan kehadiran guru sebagai ketua atau penyelaras. Kegiatan kokurikulum pula seperti persatuan unit beruniform, kelab dan persatuan membantu pelajar mendisiplinkan diri dan bertanggungjawab atas diri sendiri, masa dan tingkahlaku serta memperbaiki cara atau skil perhubungan di mana guru bertindak sebagai pemerhati atau pembimbing sebagai rujukan utama pelajar jika terdapat sebarang masalah. Pelajar yang bertanggungjawab akan menyedari kesan- kesan negatif yang ditimbulkan oleh masalah- masalah disiplin dan akan menghindari dari melakunya.

Peranan guru disiplin pula ialah membantu guru besar atau pengetua sekolah menyediakan peraturan-peraturan sekolah dan memastikan peraturan- peraturan tersebut dipatuhi sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. Guru disiplin juga menjadi penyelaras di antara guru- guru dan pengetua sekolah di dalam hal disiplin pelajar- pelajar.

Selain itu, guru disiplin memainkan peranan penting sebagai pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga ketika mengendalikan masalah disiplin selain menjalankan hukuman disiplin jika diarahkan oleh pengetua. Guru disiplin sama- sama membantu guru besar atau pengetua sekolah mewujudkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan pelajar- pelajar dan guru- guru sekolah. Peranan lain sebagai guru disiplin ialah mengawasi dan membimbing pengawas- pengawas sekolah yang telah dilantik melakukan tugas- tugas mereka sebagai pengawas dengan baik dan tidak lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah.

Guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan utama dalam memberi kerjasama, nasihat dan pandangan kepada guru disiplin dan guru- guru lain ketika menyelasaikan masalah- masalah disiplin. Guru bimbingan dan kaunseling seharusnya menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling sama ada dengan pelajar- pelajar yang mempunyai masalah disiplin mahupun dengan pelajar- pelajar yang tidak mempunyai masalah disiplin dengan bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang baik serta membimbing mereka ke jalan yang betul. Guru bimbingan dan kaunseling boleh menganjurkan aktiviti- aktiviti selain dari program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) seperti ceramah kerjaya, taklimat menguruskan masa dengan betul, kempen kesedaran dan sebagainya supaya pelajar- pelajar mendapat panduan yang betul dalam mengharungi kehidupan. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling membantu guru disiplin dan pengetua sekolah membina perhubungan dengan ibubapa/penjaga pelajar yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Peranan guru kokurikulum ialah menyediakan jadual aktiviti- aktiviti kokurikulum serta mengadakan peraturan- peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaannnya. Selain itu, guru kokurikulum juga menjadi penyelaras dan panduan kepada guru- guru lain di antara ahli- ahli persatuannya dengan guru disiplin/pengetua ketika masalah disiplin timbul dalam persatuan. Peranan lain ialah guru kokurikulum mengatur acara yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya serta memupuk bakat dan potensi di kalangan pelajar- pelajar supaya mereka tidak hanya tertekan dengan pelajaran dan akedemik sahaja serta mengelakkan bakat dan potensi mereka tidak terpesong ke arah negetif. Ini selaras dengan matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

GANJARAN DAN HUKUMAN
Objektif bagi konsep ganjaran dan hukuman adalah sama iaitu untuk mewujudkan tingkahlaku yang membina dan positif. Tetapi, ia berbeza dari segi perkaedahan. Ganjaran bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang positif dengan mengaitkannya dengan perasaan keseronokan manakala dendaan atau hukuman dilakukan untuk mencegah sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini dengan mengaitkannya dengan rangsangan yang menyakitkan. Walaubagaimanapun, hukuman yang dikenakan mungkin tidak menghasilkan kesan yang diingini.
Kebaikan melaksanakan konsep ganjaran ialah ia mewujudkan kaitan yang seronok dengan tingkahlaku yang positif dan dengan itu menggalakkan tingkahlaku itu berulang. Konsep ganjaran juga menggalakkan pelajar-pelajar berminat terhadap pelajaran dan mengekalkan moral yang tinggi. Konsep ganjaran juga mempunyai kelemahan seperti ia menggalakkan pelajar menipu dan biasanya ia adalah ekstrinsik dalam menggerakkan pelajar memenangi hadiah, bukanlah kerana menyukai sesuatu tugas itu. Dalam kebanyakan kes, hanya beberapa pelajar cerdas sahaja yang akan mendapat ganjaran iaitu mereka yang tidak perlu dimotivasikan dengan kuat selain menggalakkan sikap yang salah(tanpa hadiah, pelajar mungkin tidak akan berikhtiar lagi).

Hukuman juga mempunyai kebaikan dan kelemahannya. Di antara kebaikan- kebaikan hukuman ialah ia bertindak sebagai pencegah. Hukuman bertindak sebagai satu bentuk disiplin dan berguna sekiranya ia merupakan satu akibat semulajadi disebabkan tingkahlaku yang salah, digunakan bersama- sama dengan ganjaran dan pelajar—pelajar akan menyedari bahawa yang dihukum ialah tingkahlakunya yang tidak diingini dan bukanlah dirinya.

Hukuman boleh dikategorikan kepada hukuman pembuangan, penggantungan dan hukuman- hukuman biasa. Hukuman pembuangan melibatkan pelajar- pelajar yang mempunyai disiplin yang teruk atau kesalahan yang berat seperti membawa senjata yang merbahaya untuk mengancam nyawa orang lain, menghisap rokok dan meminum minuman keras, kerap melanggar peraturan- peraturan sekolah, merosakkan atau membinasakan harta sekolah, menyertai pertubuhan- pertubuhan haram dan melawan pihak- pihak berkuasa.

Hukuman penggantungan adalah bersifat sementara sahaja. Ia merupakan satu arahan di mana seseorang pelajar itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau menikmati sesuatu kemudahan sekolah. Jika hukuman penggantungan dibuat sebagai satu hukuman, peluang hendaklah diberi kepada pelajar untuk menafikan tuduhan yang dibuat terhadapnya.
Hukuman- hukuman biasa termasuklah hukuman dera, penahanan, denda dan amaran. Hukuman dera atau rotan adalah berkesan dijalankan sebaik- baik sahaja sesuatu salah laku dilakukan oleh pelajar. Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan kecuali ke atas pelajar perempuan tertakluk kepada syarat- syarat yang dinyatakan dalam Peraturan- peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan yang ringan dan pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di punggung yang dilapik pakaian. Setelah hukuman dera dikenakan, catatan hendaklah dibuat dalam satu buku rekod khas. Butiran- butiran seperti bilangan pukulan, bahagian anggota yang dirotan, sebab- sebab, tarikh dan tandatangan pengetua dan seorang guru yang menjadi saksi. Hukuman dera juga boleh dijalankan oleh seorang guru yang berdaftar yang telah diberi kuasa oleh pengetua atau guru besar. Kesan hukuman dera bukan sahaja berfungsi sebagai pencegah kepada yang lain tetapi yang penting ialah kesannya ke atas pesalah itu sendiri. Selepas hukuman dera dikenakan, pelajar berkenaan hendaklah diberi kesedaran bahawa hukuman itu adalah dibuat untuk kepentingan dan kebajikannya sendiri.

Hukuman penahanan merupakan satu proses menafikan pelajar- pelajar nakal dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan penahanan sepatutnya menentukan masa dan jumlah jam seseorang pelajar itu ditahan. Semasa dalam penahanan, pelajar yang berkenaan hendaklah menjalankan sesuatu aktiviti yang berfaedah dan membina seperti membersihkan persekitaran sekolah, membersihkan tandas dan surau, dan sebagainya. Tujuan penahanan ialah mencegah pelajar berkenaan dan pelajar- pelajar lain daripada menonjolkan tingkahlaku antisosial.

Hukuman denda boleh dikenakan sama ada secara fizikal mahupun kemampuannya. Hukuman denda secara fizikal seperti berdiri atas bangku, tekan tubi dan sebagainya. Hukuman denda dengan kemampuan seseorang pelajar untuk membayar perlu dipertimbangkan. Adalah penting bagi denda itu supaya sejajar dengan wang saku pelajar berkenaan dan dibayar oleh pelajar berkenaan, bukan oleh ibubapanya. Cara ini akan menyebabkan pelajar itu merasakan bahawa dirinya dihukum. Amaran dikenakan apabila didapati salah laku pelajar berkenaan adalah kecil dan oleh itu tidak perlu dikenakan hukuman yang lebih berat.

TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN
Guru- guru hendaklah mematuhi beberapa langkah dalam menyelesaikan masalah-masalah disiplin. Setiap kesalahan hendaklah dianggap secara objektif. Guru hendaklah ketepikan nafsu marah dan elakkan daripada membuat keputusan atau kesimpulan yang terburu- buru tanpa penyiasatan. Langkah seterusnya ialah memastikan suasana adalah tenang di antara guru dan pelajar sebelum menjalankan penyiasatan. Pelajar yang terlibat hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan tentang satu- satu tuduhan itu dan guru hendaklah menyedarkan pelajar berkenaan kesalahannya dengan memberi hukuman sepatutnya.

Ketika menghukum pelajar, guru hendaklah mempunyai tujuan menolong pelajar yang bersalah untuk memperbaiki tatakelakuan dan cara hidupnya yang tidak berdisiplin. Guru hendaklah mengelakan diri daripada menghukum semata- mata untuk melepaskan geram. Guru tidak seharusnya memberi kerja kelas seperti kerja menulis atau mengira sebagai denda kepada pelajar. Hukuman secara beramai- ramai seperti menahan seluruh kelas disebabkan kesalahan seorang atau beberapa pelajar harus dielakkan kerana tindakan ini akan menimbulkan perasaan dendam di kalangan pelajar-pelajar yang tidak bersalah. Hukuman merotan dan menampar pelajar haruslah dijauhi.

Punca yang menyebabkan masalah disiplin perlu dikaji kerana masalah disiplin tidak akan dapat diatasi dengan hukuman semata- mata dan hukuman tidak seharusnya berbentuk kejam, penghinaan atau kritikan kerana ini akan menimbulkan perasaan dendam dan kehilangan rasa hormat terhadap guru. Kesan- kesan hukuman hendaklah dinilai sebelum dan selepas oleh guru. Ini adalah kerana sikap pelajar-pelajar terhadap hukuman adalah berbeza. Ada pelajar yang sengaja inginkan hukuman untuk mendapatkan perhatian atau status di kalangan kawan sebaya.
Hukuman perlu difahami oleh pelajar berkenaan dan pelajar-pelajar lain sebagai adil dan berpatutan. Mereka perlu tahu sebab-sebab pelajar tersebut dihukum. Setelah hukuman dilakukan, kesalahan pelajar perlulah dimaafkan dan tidak patut disebut lagi. Adalah lebih baik sekiranya hukuman dapat menghasilkan sesuatu daripada denda. Hukuman perlulah tekal dan dianggap adil. Kadar hukuman itu haruslah selaras dengan kadar kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut.

Jika usaha untuk mengubah kelakuannya gagal, guru bolehlah meminta bantuan guru kaunseling untuk menyiasat punca masalah disiplin pelajar. Jika masalah berkaitan dengan keluarga atau hal peribadi pelajar, kerjasama ibubapa atau penjaga pelajar hendaklah diminta untuk menyelesaikan masalah itu. Jika masalah disiplin ada kaitan dengan masalah ekonomi keluarga, bantuan pegawai kebajikan sekolah hendaklah diperoleh. Jika masalah bersabit dengan kes- kes berat seperti penyalahgunaan dadah, peras ugut, pencurian dan jenayah yang lain, guru besar atau pengetua haruslah diberitahu.

LANGKAH- LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN
Guru hendaklah memastikan semua pelajar sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah iaitu dengan memberi kerja tambahan kepada pelajar-pelajar yang cerdas dan memberi layanan individu kepada pelajar yang lemah. Dengan cara ini pelajar- pelajar tidak akan bosan dan mengurangkan risiko melakukan masalah disiplin. Guru hendaklah membantu mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan lancar. Selain itu, guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak menggunakan alat bantu mengajar seperti radio, televisyen, slaid dan sebagainya untuk menarik minat belajar. Penyertaan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran-pembelajaran hendaklah sentiasa digalakkan supaya mereka tidak berasa bosan dan gelisah.

Apabila para pelajar meminati pelajaran, maka kemungkinan mereka menimbulkan masalah disiplin berkurangan. Guru hendaklah menghormati pelajar- pelajar seperti manusia biasa. Layanan yang baik yang diberikan akan merapatkan perhubungan guru dengan pelajar. Perhubungan yang rapat ini boleh menghindarkan para pelajar daripada menimbulkan masalah. Tambahan, guru haruslah memberi perhatian terhadap perbezaan individu. Kebolehan pelajar-pelajar yang berbeza menyebabkan pencapaian yang berbeza. Justeru, kaedah mengajar hendaklah berlainan agar sejajar dengan kebolehan pelajar supaya mereka tidak berasa disisihkan.

Aras aspirasi bagi setiap pelajar haruslah realistik. Pelajar- pelajar berbeza dari segi kebolehan, minat dan bakat. Oleh itu, guru perlu menggalakkan pelajar-pelajar agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukanlah dengan pelajar-pelajar yang lain. Ini bermakna guru perlu memberikan kepujian dan pengakuan kepada setiap pelajar yang menunjukkan kemajuan. Dengan cara ini, setiap pelajar akan dapat menikmati kejayaan yang mereka usahakan. Tetapi, kebanyakkan guru hanya memberi pujian kepada mereka yang memperoleh markah tinggi sahaja manakala mereka yang kurang cerdas diabaikan. Kesannya, mereka lebih cenderung melakukan masalah disiplin untuk menarik perhatian guru.

Hukuman dera tidak seharusnya digunakan. Ia akan menimbulkan perasaan benci kepada guru dan seterusnya terhadap sistem persekolahan. Perasaan dendam dan benci ini boleh membawa kepada masalah disiplin yang lebih teruk lagi. Jika hukuman dera terpaksa dilakukan demi kebaikannya, pelajar berkenaan haruslah diberi peluang untuk menafikan tuduhan itu. Guru seharusnya meluangkan masa untuk mendengar masalah- masalah pelajar. Sesi kaunseling yang dijalankan oleh guru boleh meliputi aspek akedemik, kerjaya dan peribadi supaya masalah yang dihadapi dapat dikurangkan dan perasaan kecewa tidak mungkin dialami oleh pelajar. Guru haruslah bermesra dengan pelajar tetapi tegas dan tenang apabila berhadapan dengan mereka.



KESIMPULAN
Disiplin melibatkan norma dan nilai serta berhubungkait dengan tatatertib, tatasusila, peradaban akhlak, kesopanan, bersifat rasional, keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang mengikuti peraturan yang diterima oleh masyarakat, negara dan agama. Dari segi pendidikan, disiplin adalah mengorientasi ahli- ahli masyarakat kepada norma- norma masyarakat itu. Sekolah mengusahakan supaya menghayati norma- norma masyarakat menerusi dua cara iaitu mengenalkan norma- norma masyarakat di luar sekolah dan mempraktikkan norma- norma masyarakat di sekolah dengan peraturan- peraturan yang telah ditetapkan agar proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki oleh matlamat pendidikan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara (FPK).

sukantara

Friday, February 12, 2010

PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMBINA NEGARA BANGSA

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan. Keupayaan membina Negara Bangsa adalah bergantung kepada perkongsian nilai dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakatnya. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang bukan sahaja membenarkan pengaliran secara bebas teknologi maklumat; malahan juga sistem nilai, budaya dan amalan kepercayaan dari pelbagai negara luar.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Usaha untuk menyatu-padukan kaum melalui proses pembinaan negara bangsa ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan berpanjangan. Proses ini bertujuan untuk menyedarkan warganegara tentang pentingnya harga diri sebagai satu bangsa yang sama-sama merdeka dan berdaulat serta mampu membangunkan sebuah negara yang maju dari pelbagai aspek. Oleh itu. pembinaan negara bangsa ini merupakan suatu usaha yang dilakukan secara bersama oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini, supaya dapat meletakkan bangsa dan juga negara Malaysia setaraf dengan bangsa dan negara maju yang lain yang terdapat di dunia. Oleh itu, pendidikan dilihat memainkan peranan yang penting sebagai asas dan wadah yang terbaik untuk mencapai impian sebagai sebuah negara bangsa yang unggul mengikut acuan sendiri sepertimana yang telah menjadi matlamat kerajaan selama ini.

Pendidikan yang terdapat di Malaysia, memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Kesinambungannya, kerajaan telah menjadikan matlamat untuk membina negara bangsa ini sebagai teras pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Pelan Induk ini telah dilancarkan pada 16 Januari 2007, bagi menyahut dan menjayakan agenda pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, yang ingin membentuk sebuah negara dan masyarakat yang maju dari segi ekonomi, seimbang dalam pembangunan sosialnya, sekali gus melahirkan warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju serta berpandangan jauh.